Friday, July 12, 2013

Budak baru nak belajar! haha

Assalamualaikum!
Hmm hi hmm....hahaha tak tahu nak cakap apa. Tadi before nak type banyak benda dalam kepala pastu bila nak start type dan dan je semua hilang. Walaweh! firstly nak cakap yang aku ni ha baru je join blog ni tu yang cam selenga sikit je tu. Nak edit profile pun fail lagi ni haha gila teruk aku ni! 

Tah kenapa tetiba je rasa nak main blog ni, maybe sebab dah takde tempat nak mengadu kot. Ye la mana tak nyer member yang dulu jadi tempat aku luah perasaan sekarang dah pegi sambung belajar dah. Haih rasa sunyi pulak dah takde member yang lama kenal ni. Kalau ada dia ni aku luah kat dia je pastu kalau cam tak puas hati lagi aku luah pulak kat twitter ke facebook kerr. Ni dah takde dia takkan aku nak luah semua kat social network kot, mahu jadi karangan nanti haha pastu orang naik menyampah ngan aku.

Hmm tu je kot first post ni, okay lah byebye~ 

#hiduptakselaluindah